How to apply overseas untuk lepasan diploma :)

By Red Pomelo - 6/07/2015 02:57:00 AM

Previously, I was a Public Administration (AM110) student and officially graduated last May. Untuk lepasan diploma, memang agak sukar sikit kalau nak further studies ke luar negara, sebab kadang-kadang tak memenuhi requirements foreign universities. So, pesanan pertama untuk adik-adik lepasan spm, aku nasihatkan amiklah STPM kalau betul ada angan2 nak sambung oversea. Atau, access yang palng dekat ialah buat foundation/A-level. Paling bagus, apply la scholarship MARA atau JPA. But, for those yang da terlepas peluang tu (macam aku), dont worry. Untuk budak lepasan diploma, I'll briefly explain to you the things that you need to do untuk apply.

Masa aku mula2 nak apply, banyak lah blog yang aku buka dan baca. Bukan tak membantu, tapi tak guide dari awal. Macam tiba2 amik ielts la bla3. So mula2 skali apa?

1) Firstly, untuk dapat hasil yg terbaik dlm pemilihan universiti, cariklah authorized agent. Dekat setiap negeri, mesti ada education agent utk futher studies ni, MESTI ada. So kena rajin google.
Nak tgk list agent klik sini
Agent yang aku pegi pulak ialah JM Edu Counselling Ipoh branch klik sini

Lepasan diploma, korang pun tahu, lama nk settle diploma kan? dalam 2 tahun stengah. So, kalau nak transfer credit (smbung degree msuk 2nd year), cariklah agent ni. Korang tak payah susah2 nak apply sendiri apa semua. Jumpa pihak agent, dan dia akan bagi free consultation. and fyi, service agent ni absolutely FREE. Memang tak kena bayaran apa2. So klu kena bayar tu, tipu kot. Maka yg paling penting ialah carik authorized agent dulu. Kemudian, jumpa face to face, mintak pendapat and so on. Lebih2 document yang lain, mcm reference letter ke, passport copy ke ic ke, dia akan mntak bila perlu. Senang cerita, semua dia bagitau. Tanya lah apa je yang korang nak tau pasal universiti ke apa ke.

2) Kedua ialah check ranking universiti dan specific course yang korang nak mohon. Bidang apa yg korang nak smbung tu. Business ke arts ke law ke. Harus google dan ambil tahu. Course tu brapa tahun, perlu ielts ke tidak, dan sebagainya.  Lepas dah rasa mcm confirm nak course apa, kat mana and whatnot, boleh la consult lagi dengan agent.
Nak check ranking uni boleh tekan sini atau sini

3) Ketiga, boleh start apply beberapa universiti. Mcm aku, agent aku provide application form (yg agent je ada). Lagi awal apply, lagi bagus. Cepat urusan settle, Apply la seberapa banyak universiti pun. Jangan fikir pasal dapt ke tak offer, yang penting apply.

4) Keempat, IELTS. Bila dah tgk requirement by universities, of course english requirement mesti kena ada. Mostly, uni di UK,  memang nak IELTS. So takyah la susahh2 pikir pasal english test yang lain2 tu. Just fokus pada IELTS.

Basically, IELTS lebih kurang MUET. Tapi level dia tinggi sikit and speaking test dia individual. I think the latest fee ialah RM650 per registration. Ramai orang ambil bnyk kali sebab tak lepas. Sayang, tolonglah sayang duit. RM650 kot per exam. So, make sure prepare mcm orang gila ok? Usually minimum requirement utk IELTS ialah at least overall band 6.0 with no less 5.5 in each section (Reading, Listening, Writing, Speaking)
Boleh la start korek2 website ielts dan check date utk amik exam klik sini utk check date ielts
IELTS bole register dekat agent jugak, tak payah susah2 register online sendiri.

Seterusnya...

Kemudian maybe dalam sebulan dua tiga bulan, korang akan dapat reply dari universiti, utk bagi sama ada conditional offer atau unconditional offer atau tak dapat offer.
Conditional offer ialah offer bersyarat. Syarat yang uni tu tetapkan harus dipenuhi, barulah kamu bole terima offer tu.
Unconditional offer ialah offer tanpa syarat. Makananya dah dapat tempat dah kat uni tu. Tahniah haha.

Kalau bnyak uni yang diapply, mungkin bnyk la offer dpt. banyaklah pilihan. Atau, at least satu dari banyak2 tu mesti bagi offer punya.

Lepas dah dapat offer, ielts pun dah lepas, boleh la pilih mana2 offer yg anda suka. Ini cuma BRIEF EXPLANATION je tau. Tak detail mana pun. Hehe.

But, if you have questions and wonders, boleh email me at manisbutcallmeb@gmail.com

p/s : Pasal sponsorship ke loan ke apa ke, maaf tak dapat nk bantu sgt, Hoho

so, in my next post, i'll tell you more about my ielts and some few tips bout it :)

  • Share:

You Might Also Like

0 comments